CARA BUAT AIR DETOX

ASSALAMUALAIKUM . Hari ini admin ingin berkongsi cara buat air detox. Bahan yang digunakan sangatlah murah dan mudah didapati. Jom cuba.

antara kelebihan air detox ini adalah untuk:
 1) mengurangkan berat badan
 2) menyingkirkan toksin dalam badan
 3) badan lebih segar dan bertenaga

Cara membuat AIR DETOX:

BAHAN:
1) Air Mineral
2) Madu Lebah Asli
3) Buah Lemon/ Buah Sunquick

CARA:
1) Hiris buah Lemon / Sunquick tersebut sederhana tebal masukkan dalam botol air mineral
2) Isi botol air yang berisi hirisan buah tadi dengan air mineral
3) Bubuh 2 sudu madu lebah asli kemudian goncang botol air tersebut supaya air tersebut sebati dengan hirisan buah, air dan madu
4) sejukkan air detox kemudian boleh diminum. Simple..!
** air detox boleh disimpan 2 hari kalau mampu buat hari-hari lagi fresh** :)
**sukatan madu dan berapa biji buah yang hendak digunakan terpulang mengikut citarasa** :)

thank you and regards. selamat mencuba moga kekal cantik dan bertenaga.

SETIAP GAMBAR ADA CERITANYA



coursemate UPM PBMP Official 2015/2016
PRA-UNIVERSITI 2013/2014 FORM 6
5 sc 2 2012 SPM
sahabat itu umpama kaca mata
hadirnya tidak dipinta
tapi diperlukan


sahabat itu umpama sebatang pen
kalau hilang dicari
kalau pen mahal tak akan terganti
walaupun dakwat habis akan disimpan


 sahabat itu umpama pokok
 tempat berlindung dikala diri rapuh
 tempat bertenang dikala hati termenung jauh

 sahabat itu umpama musim
 dikala luruh ia gugur
 dikala sejuk ia medamaikan
 dikala panas ia menyamankan
 dikala bunga ia mencantikkan

 sahabat itu umpama bunga
 dibelai akan mekar mewangi
 dibiar akan mati kelayuan


sahabat itu bagai jarum
sekali tertusuk begitu pedih
tapi membawa pengajaran

sahabat itu bagaikan bintang
kadang dihalangi awan gelap
namun sinarnya ia sentiasa ada

setiap masa akan berkawan dengan berlainan manusia tapi itu bukan bermakna aku melupakan yang lama. aku tak janji selalu ada tapi kalau dicari insyaallah ADA . selamat malam teman seperjuangan.

12.52 pm
2/1/2016
syue_upm@pbmp

SAYANG ABAH

ABAH
SUNGGUH AKU RINDU
RINDU INGIN BERCERITA
TENTANG INDAHNYA KEHIDUPAN INI
DILAHIRKAN SERBA SEDERHANA
KAYA DENGAN DIDIKAN AGAMA
TERTIB BUDI BAHASANYA
SEHINGGA AKU KEHILANGAN KATA
MENGGAMBARKAN SYUKURNYA AKU
KASIH MU BERTAUT
SAYANG MU SELAUT




cc: kepada admin sendiri 

ABAH
SUNGGUH AKU RINDU
RINDU INGIN BERBISIK
TENTANG GEMBIRANYA JIWA INI
TATKALA DIRI MAMPU DIBANGGAI MU
CEMERLANGNYA ILMU DUNIA
SEHINGGA MENITIS MUTIARA JERNIH ABAH
SEHINGGA ABAH JUA KEHILANGAN KATA
MENCERMINKAN RASA BELASNYA PADA AKU
RASA IHSAN AKAN ANAKNYA INI
KERANA ABAH SELALU MEMAHAMI
TATKALA YANG LAIN MENYEPI

ABAH
WALAUPUN RAGAMU JAUH
NAMUN HATI MU SENTIASA KU PELUK ERAT
TIDAK KU LEPAS LAGIKAN BERALAH
DEMI ABAH AKU KUAT
DEMI ABAH AKU TEGUH BERDIRI
MENGHARUNGI LIKU ZAMAN UNIVERSITI
YANG LUAR DIKATA INDAH BERSERI-SERI
BILA SUDAH MERASAI
INDAH KHABAR DARI RUPA

SUNGGUH AKU RINDU ABAH
RINDU DENGAR AJARAN ABAH
RINDU DENGAR BISIKAN SUNTIKAN ROHANI ABAH
NAMUN PESANMU TAK KU LUPA
AMANAT MU TAKKAN PERNAH TERSISA
AKAN KU TUNAIKAN SEPANJANG PERJALANAN USIA


hasil nukilan: suhaida binti hj. sariff
1.23 PM 9/12/2015
UPM serdang

Insan Bernama Kekasih


Teringat kenangan perkenalan persahabatan ketika dahuu
jika hari ini kau ingin mengalah
ingatlah saat pertama kali kau ingin mendapatkannya
segigih kau ingin mendapatkannya dahulu
walau seribu datang menawar diri
tidak pernah ku memandang

kerana aku percaya 
perancangan Allah lebih indah
Dia izinkan kita kenal


mungkin dia zaman silamku tapi kau
insyaallah masa depanku
ya Allah, peliharalah hubungan ini
tak berhubung 
memberi ruang untuk masing-masing
menikmati kehidupan sendiri
membina jati dan insaniah diri
juga rohani dan kepimpinan diri
juga intelektual pemikiran kritis
agar mudah membimbing dan menjaga
ke jalan yang diredhaiMu
jarak bukan untuk menghukum aku dan kamu
tapi untuk MENJAGA aku dan diri kamu

cc: insan bernama kekasih...!

KU UTUS TINTA BERANI


tanpa ilmu aku rebah
tanpa ilmu aku kelam
tanpa ilmu aku gelita

tanpa ilmu aku terduduk hampa 
tanpa ilmu aku gundah gulana
dunia indah pancaroba
ilmu diperjudi sehingga terjual harga bangsa
penuh penipuan juga kepalsuan
manusia mempersetankan manusia
apatah lagi pada kehijauan dan haiwan
dikala aku bersendiri
ku karang sepi tinta berani
tinta bersalut suara raungan
suara rintihan
suara hentakan
tapi bagai melukut
di tepian denai usang
tidak dihirau bahkan dicerca
oleh manusia yang bercerminkan tatah berlian
disebaliknya penuh bintik hitam keangkuhan
mengaut untung tanpa rasa sugul
tanpa rasa ihsan 
perihal alam saujana 
yang kian di mamah usia
dengarlah rintihan anak watan ini
ubahlah sikapmu wahai bangsaku
selamatkanlah dunia ini dari fana kederhakaan
kembali bersatu manyahut seruan
jangankan berundur dikala kau kekeliruan

2 Disember 2015. 9.12pm. Rabu
 hasil nukilan : syue_upm@pbmp

RATU UPM KU



MMMR Kolej Canselor, UPM Serdang


berjalanlah pada pintu muafakat 
dimana kau mulai berkawan
lalu ukirlah secantik-cantik peribadi dan jiwanya 




agar engkau mampu mengerti
bahawa setiap manusia 
memiliki karakter berbeza
Sukan Interfakulti UPM



sesaat sedetik indah mahupun pahit
akan ku semai
akan ku pahat dalam jiwa 
nilai ukhuwah antara ratu terbina kukuh




Kelas terakhir bersama Miss Nasriah (English Lect)












di sini kita bermula
bukan penanda di sini kita berakhir
kejarlah cita dan ingin mu wahai sahabat
pergilah dikau mengejar azam intrinsik mu







sambut birthday girl after kuliah 










setinggi langit kau melangkah
bawalah ikatan ukhuwah ini
bawalah semangat pahlawan ratumu ini







Dinner PBMP bersama senior

doaku seiring dengan mu
moga dikau dirahmati selalu 


teacher to be. insyaallah...! :)




hasil nukilan: syue_upm@pbmp